Monday, November 12

Jamuan Akhir Tahun 2012

Salam,

      Alhamdullilah,  telah selesai Majlis Jamuan Akhir Tahun Sidang Redaksi SMK TSNI 2012.  Majlis yang berlangsung di Bilik M2, Tingkat 11, Hotel New York itu telah dihadiri oleh Pen. Kanan HEM, Puan Rosita Manas, Puan Aishah Jalil, Puan Nabilah Jaafar, Puan Siti Anidza (Ketua-ketua Bidang), guru-guru AJK dan pelajar-pelajar AJK  sidang redaksi sekolah.

  Majlis bermula dengan ucapan daripada Ketua Editor, Saudara Lukman Nurhakim diikuti dengan ucapan daripada Puan Rosita Manas. Dalam ucapannya, Puan Rosita merakamkan ucapan terima kasih kepada warga sidang redaksi yang telah bekerjasama dan tidak mengenal putus asa untuk menerbitkan majalah sekolah hingga berjaya memenangi beberapa anugerah dalam Pertandingan Majalah-majalah Sekolah Menengah Negeri Johor dan Melaka yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan. Seterusnya, Puan Zalilah Zaini selaku Ketua Penerbitan telah menerangkan berkaitan sejarah penerbitan majalah SMK TSNI juga panduan penilaian pertandingan oleh pihak DBP secara ringkas. Semua yang hadir juga turut menyaksikan tayangan (movie) yang khas dipersembahkan kepada AJK sidang redaksi SMK TSNI.

  Selesai menikmati jamuan yang dihidangkan, beberapa aktiviti permainan diadakan yang dikendalikan oleh AJK sidang redaksi. "Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu." 
Guru-guru dan pelajar-pelajar yang bernasib baik kelihatan ceria menerima hadiah masing-masing walaupun harganya tidak seberapa. Sebelum majlis berakhir, penyampaian sijil kepada AJK Tingkatan 5 dilangsungkan dan disampaikan oleh Puan Rosita Manas. Sebagai bingkisan akhir, Puan Zalilah Zaini telah menyampaikan cenderamata kepada Puan Rosita sebagai  merakamkan ucapan terima kasih.  Sebelum majlis bersurai, sesi fotografi telah diadakan bersama semua yang hadir.

    Sidang redaksi sekolah merakamkan ucapan penghargaan kepada semua yang hadir  khususnya kepada pihak pengurusan. Terima kasih juga kepada semua AJK yang terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk menjayakan majlis ini.



 New York Hotel - 12 November 2012









       Antara sajian yang menjadi menu pilihan








             Pengerusi Majlis




      Aktiviti yang dikendalikan oleh AJK pelajar




                               Aktiviti   1




                Antara Ketua Bidang yang hadir




AJK yang sentiasa ceria
 
 
 
 
 
                  Memilih  menu  yang disajikan




 Menikmati santapan
 
 
 

 
 










 Aktiviti  2
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Puan Nabilah - sesi Cabutan Bertuah
 
 
 
 
 
En. Amin Abd Salam
 
 
 
 
 
 Puan Rosita mewakili kumpulan yang menang
 
 
 
 
Puan Siti Anidza bersama Luqman Nurhakim
 
 
 
 
 
Cabutan Bertuah - En Tay Swee Thiam
 
 
 
 
 
 Cenderamata kepada Puan Rosita

 
 
 
 
 Bergambar sebagai kenangan sebelum majlis bersurai
 
 
 
 
 

Monday, November 5

Jamuan Akhir Tahun 2012

Salam,

Perhatian  kepada  AJK  guru  dan  AJK  pelajar  sidang  redaksi, dengan  sukacitanya  dimakumkan  bahawa  sidang  redaksi  sekolah  akan  mengadakan  jamuan  akhir  tahun  2012.  Butirannya  adalah  seperti  berikut  :

Tarikh             :     12  November  2012

Hari                 :     Isnin  

Tempat            :     Hotel  New  York,  Johor  Bahru

Semua  AJK  dijemput  hadir  untuk  bersama-sama  menyerikan  lagi  majlis  tersebut.

Terima  kasih.


@@@   Tetamu   undangan    :   Pihak  pentadbir  sekolah.

@@@    Sebarang  pertanyaan,  sila  hubungi  Pn.  Zalilah  atau  Pn.  Fauziah

Selamat Menghadapi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

Salam,

Kepada  para  pelajar  SMK  TSNI  yang  sedang  menduduki peperiksaan  Sijil Pelajaran  Malaysia  2012,  selamat  berjuang.  Semoga  usaha  kalian  selama  ini  akan  membuahkan  kemanisan  yang dapat  membanggakan ibu bapa, keluarga  juga  pihak  sekolah. 

Doa  restu  daripada  kami  semoga  kalian  khususnya  AJK  sidang  redaksi  2012  akan  berjaya  dengan  cemerlang.

Amin.

Wednesday, October 24

Majlis Anugerah Citra Majalah Sekolah Menengah Johor dan Melaka 2012


Majlis Penyampaian Hadiah Anugerah Citra Majalah Sekolah Menengah Negeri Johor dan Melaka  anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan dengan kerjasama Jabatan Pelajaran negeri Johor dan Jabatan Pelajaran Negeri Melaka telah diadakan pada 24 Oktober 2012 di Dewan Violet, Pelangi Balau Resort, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor. Program yang diadakan ini bertujuan untuk menggalakkan kegiatan penulisan dalam pelbagai genre dengan menggunakan bahasa Melayu yang berkualiti tinggi. Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Kamarudin Mohamad Tahir, Ketua Unit Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

Antara yang dipertandingkan ialah kategori karya pelajar yang berbentuk cerpen, esei dan puisi, kategori bahasa dan kategori penerbitan.


Pemenang bagi Kategori Bahasa:

Tempat Pertama : SMK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru
Tempat Kedua : SMK Tun Syed Nasir Ismail, Johor Bahru
Tempat Ketiga : SMK Tun Habab, Kota Tinggi

Pemenang bagi Kategori Penerbitan:

Tempat Pertama : SMK Sultan Ismail, Johor Bahru
Tempat Kedua : SMK Dato Penggawa Timur, Pasir Gudang
Tempat ketiga : SMK Kulai Besar, Kulaijaya


 Pengerusi Majlis



 En. Rusdi Abd Rahman
Wakil Rasmi Pengarah DBP Wilayah Selatan


 Tn. Hj. Kamarudin Mohamad Tahir
Ketua Unit Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Johor



Persembahan pelajar 



                                                               Apresiasi  Cerpen



Antara tetamu yang hadir



Nyanyian lagu tradisional daripada En. Roslan Madun 




                                                      Kategori Bahasa  - Tempat Ke-2







Pemenang-pemenang bergambar sebagai kenangan



                                                                  Ruang pameran




PK HEM, Ketua Penerbitan, Ketua Editor dan Setiausaha Sidang Redaksi JASA 2012  




 Pemenang-pemenang Kategori Bahasa dan Penerbitan



Penerimaan cek




 Ketua Editor 2012







Bersama PK HEM SMK Dato Penggawa Timur




 PK HEM yang banyak memberi dorongan




Sijil Penghargaan




Tempat ke-2 Kategori Bahasa














 Cek RM1,300

Alhamdullilah. 
Tahniah kepada AJK Sidang Redaksi JASA 2011/2012.
Terima kasih kepada pihak pentadbir , AJK guru/pelajar, guru-guru serta pelajar-pelajar SMK TSNI yang telah memberi komitmen  padu dalam proses penerbitan majalah JASA 2011.

Saturday, October 6

Selamat Menghadapi Peperiksaan PMR 2012

Salam,

Selamat berjuang kepada para pelajar Tingkatan 3 SMK TSNI yang akan menghadapi peperiksaan PMR bermula pada 9 - 16 Oktober 2012.

Doa kami semoga para pelajar akan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan sebaiknya serta berjaya dengan cemerlang.

Kejayaan anda, kebanggaan kami.

Terima kasih.

Monday, April 16

Sesi Penggambaran Majalah Sekolah 2012

Salam,

     Untuk makluman warga SMK TSNI, sesi  penggambaran untuk majalah sekolah akan bermula pada minggu ini.

     Sesi penggambaran untuk AJK kelab, persatuan, unit beruniform, permainan dan  rumah sukan akan diadakan pada hari Rabu (18 April 2012).  Penggambaran  kelas untuk sesi pagi dan petang pula akan diadakan  pada hari Khamis (19 April 2012). Sesi penggambaran untuk semua badan khas, guru-guru sesi pagi & petang serta staf sokongan akan diadakan pada hari Isnin 23 April 2012. 

     Jadual penggambaran telah diedarkan di setiap kelas dan ditampal di papan kenyataan sekolah. Diharap semua guru, staf sokongan dan pelajar-pelajar dapat hadir di dewan sekolah pada masa yang telah ditetapkan.

Terima kasih.

Friday, April 13

Sembang JASA (Ahli Baru Ting.4)

     Sidang Redaksi JASA  telah menerima enam orang ahli baru  (Ting 4)  untuk meneruskan tanggungjawab dalam proses menerbitkan majalah sekolah 2012.

     Semoga semua ahli dapat memberi komitmen yang sebaiknya.  Tahniah kerana telah diberi kepercayaan oleh pihak sekolah untuk bersama-sama menggalas amanah yang telah dipertanggungjawabkan.



Ketua Editor sidang redaksi 2012



Setiausaha sidang redaksi 2012




Antara AJK Ting. 5




Taklimat agihan tugas




Ahli-ahli daripada 4 UM




Terlalu Istimewa