Wednesday, March 17

USAHA-USAHA UNTUK MENANAMKAN MINAT REMAJA MENGHAYATI

Karya sastera tradisional merupakan karya yang ditulis oleh penyajak tentang kehidupan manusia ataupun mengenai sejarah. Karya sastera tradisional ini amat menarik untuk dikaji, dibaca, dan dinilai dari segala aspek. Karya sastera juga telah diangkat martabat hingga ke peringkat antarabangsa. Karya sastera tradisional ini telah ditulis oleh penyajak dan penulis yang berpengalaman seperti Dato’ A.Samad Said,Pak Sako,dan ramai lagi. Karya ini adalah lambang kemegahan masyarakat Melayu.
Pada pandangan saya, karya sastera tradisional ini semakin kurang diminati oleh golongan remaja. Hal ini kerana, golongan remaja telah dihidangkan dengan pelbagai hiburan sehingga melekakan dan mengabaikan karya sastera ini. Remaja juga lebih menggemari cerita kartun atau majalah-majalah tentang hiburan. Pada pandangan saya, usaha-usaha untuk menanamkan minat terhadap karya sastera dalam kalangan remaja ialah mengadakan kempen di seluruh Malaysia. Kempen ini haruslah mengenai karya-karya sastera oleh penulis yang hebat dan dirasmikan oleh pakar motivasi atau sasterawan. Kempen yang bertajuk ‘ Membaca Amalan Kita’, perlu dilaksanakan sama ada di sekolah, di rumah dan sebagainya.
Selain itu,pada pandangan saya untuk menarik minat terhadap karya sastera dalam kalangan remaja ialah mengadakan jualan buku secara besar-besaran. Jualan buku ini dapat menarik minat remaja untuk menyertai aktiviti ini. Jualan buku secara besar-besaran bukan sahaja hasil karya sastera tradisional Melayu malah karya dari seluruh dunia. Dengan cara ini, remaja bukan sahaja mengetahui karya daripada Malaysia malah karya yang agung dari negara luar. Aktiviti jualan buku ini mestilah dengan harga yang berpatutan dan pihak penganjur perlu mengadakan kuiz dengan menyediakan hadiah yang menarik. Dengan aktiviti ini, pengunjung dapat menambah ilmu pengetahuan dengan lebih meluas lagi. Aktiviti ini dapat mengisi masa lapang remaja dan remaja tidak akan terlibat dengan gejala sosial yang semakin meningkat.
Selain itu ibu bapa ibu bapa haruslah memupuk minat membaca sejak dari kecil lagi dan memastikan anak mereka memahami karya sastera tradisional. Ibu bapa juga bertanggungjawab membelikan buku cerita dan membacakan kepada anak-anak. Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak pergi ke perpustakaan untuk membaca buku dan melihat pameran buku yang sedang diadakan . Ibu bapa haruslah bijak menentukan masa depan anak-anak mereka. Dengan cara ini, remaja akan berminat dan meminati karya sastera dengan lebih mendalam dan terperinci.
Peranan media massa dan media elektronik juga amat penting. Media massa dan media elektrronik dapat memupuk minat remaja terhadap karya sastera . Media massa dan media elektronik haruslah memainkan peranan mereka dengan lebih efektif dan efisyen. Media ini haruslah menyalurkan pengetahuan yang lebih meluas mengenai karya sastera tradisional ini. Selain itu, media harus membuat iklan ataupun drama dan filem mengenai karya sastera supaya boleh menarik minat remaja terhadap karya sastera. Kerajaan juga harus memainkan peranan mereka dengan memberi kerjasama dan sokongan untuk menarik minat remaja terhadap karya sastera tradisional.
Hakikatnya, usaha untuk menarik golongan remaja meminati karya sastera kurang diberi perhatian. Kesimpulannya, kita haruslah bekerjasama dengan semua pihak untuk menarik minat golongan remaja terhadap karya sastera tradisional. Ini dapat meningkatkan pelajar yang cemerlang dalam negara Malaysai dan Malaysia akan menjadi pusat pendidikan yang bertaraf tinggi di dunia.

Hasil Karya,
Hairani Binti Mohd Tolah
5 UTM

1 comment:

  1. saya nak tajuk-tsjuk karangan penting untuk stpm pada tahun ini....

    ReplyDelete

Terlalu Istimewa